Tgh cemburu lihat banglo 3juta, tiba2 suami suapkan kek. Aku tersentak. Barulah aku tersedar

Foto sekadar hiasan.

Hai assalamualaikum semua. Sedikit pengenalan pasal aku. Aku bekerja sebagai seorang guru berusia hujung 20-an, sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak.

Malam ni aku rasa macam nak menulis. Suami dan anak anak aku tengah tidur ni. So, saja berkongsi rasa dan cerita dengan korang.

Semalam, aku saja scroll Instagram sambil pantau anak anak bermain. Sambil syok scroll tu, aku terbukak gambar seorang Instafamous ni.

Rupa rupanya, dia baru beli sebuah banglo berharga RM3 juta. Alhamdulillah, rezeki! Tapi… hati aku tiba tiba terasa lain. Aku cemburu rupanya.

Aku scroll gambar banglo dia, lepas tu aku scroll pulak gambar gambar dia yang lain. MasyaAllah, sempurnanya rasa hidup Instafamous ni.

Muka lawa, kaya, berharta mewah. Anak anak pulak comel belaka. Suami kacak dan romantik..

Eh, sedar sedar dah lebih 1 jam aku stalk profile dia rupanya. Dahi aku berkerut, muka aku panas, hati aku penuh dengan perasaan cemburu, kecewa dan pedih….

Aku mula membandingkan kehidupan aku dengan Instafamous tu. Yela, kami sebaya.. tapi hidup kami bagai langit dan bumi.

Untuk info, suami aku kerja sendiri je sekarang, takde pendapatan tetap. Ada job, adalah duit sikit.

Alhamdulillah, kami baru je menetap di rumah sendiri dan ada sebuah kereta nasional untuk bergerak ke sana sini.

Dengan gaji aku hanya sebagai guru sekolah kerajaan dan suami bekerja sendiri, kami tak mampu untuk tambah komitmen lain. Well, aku tiba tiba down hanya kerana gambar banglo 3 juta tu..

Aku tenggelam dengan perasaan aku. Aku tak hiraukan anak anak yang tengah bermain. Aku mula bermonolog pasal life aku yang sangat sederhana ni. Kenapa, mengapa, sampai bila……

Tiba tiba, suami aku datang bawak sepinggan burnt cheese cake. Rupa rupanya, selama aku dok scroll dan stalk IG tu, suami aku tengah masak kek weh!

Sebelum tu, aku ada bagitau dia yang aku teringin nak makan kek. Masa tu pukul 9.40 malam dah. Dia kata nak kek apa? Secret Recipe ke?

Aku geleng. Aku cakap aku teringin burnt cheese cake. Dia senyum pastu sambung menghadap laptop dalam bilik. Aku pulak pergi depan layan anak anak main.

Rupa rupanya, dia keluar beli bahan dan balik tu, dia masak kek guna air fryer. Dah siap, dia suapkan kat aku dan anak anak kek tu.

Bergenang air mata aku weh. Aku makan kek tu sungguh sungguh. Tak pernah aku makan kek sesedap ni…

Aku rasa macam bdoh dan bersyukur sangat.

Di saat aku mengira ngira rezeki orang lain, kat depan aku ni ada seorang suami yang sentiasa buat aku rasa cukup.

Dia mungkin belum mampu bagi aku rumah banglo 3 juta, kereta mewah atau barang kemas macam suami lain. Tapi dia berusaha untuk cukupkan keperluan keluarga kami dari segi lain.

Malam ini, sambil mengenang cerita semalam tu.. aku reflect diri sendiri. Apa sebenarnya erti hidup yang sempurna eh?

Entahlah. Yang aku tau, suami aku cukup risau kalau aku lapar. Sentiasa tanya nak makan apa.

Bila kaki aku lenguh sebab berdiri atau berjalan lama kat sekolah, dia akan urut sampai terlentok lentok sebab mengantuk. Tak lupa isikan minyak kereta setiap minggu sebab isteri dia reti pakai je.

Haha. Dia tolong mandikan dan cuci berak anak anak. Dia jugak yang akan tolong key-in markah peperiksaan anak murid aku sebab dia terror bab bab teknologi ni.

Rumah setingkat kami yang comel ini terasa bahagia dan ceria bila suami aku ada, sebab dia suka mengusik anak anak. Riuh la diorang bila kena geletek atau kena kejar dengan abahnya.

Berbeza dengan aku yang agak tegas. Tanpa aku sedar, banyak sangat yang suami aku manjakan aku selama 5 tahun kami berkahwin ni.

Aku sedar aku tak patut bandingkan hidup kami yang sederhana ni dengan sesiapa pun.

Dalam IG tu, semua orang nak tunjukkan hidup yang sempurna. Yang buruk buruk, diorang simpan taknak orang tau. Hakikatnya, mesti ada kekurangan jugak kan? Life is not a fairytale.

Dan hari ini sebenarnya hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5. Alhamdulillah. Tadi keluar makan simple simple je.

Aku dengan rendah hati mohon pembaca semua doakan kami terus bahagia dan saling mencintai sehingga ke syurga. Aamiin.

Oh ya, lepas makan kek tu semalam, aku cium tangan suami. Aku mintak maaf sebab dok bandingkan life kami dengan life Instafamous tu.

Dia macam biasalah, senyum je. Dia kata dia dah cukup bahagia ada aku dan anak anak. Dia dah bersyukur kami ada tempat tinggal dan kereta yang selesa.

Pastu dia pulak mintak maaf sebab buatkan aku rasa kekurangan sejak dia bekerja sendiri. Dia berjanji yang dia akan berusaha majukan bisnes dia dengan lebih gigih. Aku sebak, dia pun sebak.

Tonight, I realized that my husband is not perfect, but he is the right one that Allah has for me.

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Ar-Rahman : 13)

Reaksi warganet

Norashikin Mohd Radin –
Sis! Saya baruuuuuuu je rasa down sedikit sebanyak lepas scroll IG. Yes, dengan umur macam tu dah miliki macam macam betul betul buat saya CEMBURU walaupon sekelumit. Terus tutup IG dan bukak FB terbaca pulak post ni.

Allahu. Betapa post ini menjentik hati saya. Dan MENDIDIK saya untuk lebih bersyukur. Alhamdulillah

Sazarina –

Sejak akak kahwin 22 tahun yang lepas, akak terus bergelar surirumah sepenuh masa 3 bulan selepas itu. Memang ada rasa cemburu dengan kawan kawan yang bekerja, dapat semua yang mereka ingin berbanding akak.

Tapi lama lama terfikir buat apa kita kisahkan sangat ceritera orang lain, sedangkan kita ada cerita tersendiri.

Sematkan dalam hati, jauhkan sifat cemburu pada kejayaan, kekayaan orang lain. Kita bina sendiri bahagia. Hidup seadanya.

Mujahidah Ansarullah –

Bersyukur dan hargai apa yang ada dengan kita, itu kuncinya..

Satu lagi tips untuk tt, kalau dah terscroll insta banglo 3 juta tu, lepas tu scroll Ust Ebit Liew, gambar gambar dia bantu orang susah, rumah rumah yang usang / nak roboh, tapi senyuman masih terukir di wajah mereka..

Sure rasa insaf dengan kehidupan kita yang ada kerja, ada rumah, kenderaan, keluarga etc..

Athirah Noor –

Saya fikir mungkin saya sebaya TT. Kalau TT ada husband suapkan cheesecake sebab tringin. Saya malam ni suap sendiri. Teringin makan ayam teppayanki. Haha, masak sendiri.

Alhamdulillah, dapat makan dan ada makanan. Syukur. Dekat luar sana ramai lagi yang tak dapat apa yang kita ada.

Pokok pangkalnya, dekat mana, bila, bagaimana, apa, mengapa dan apa sekalipun.. bila start membandingkan kehidupan dalam negatif way, memang akan timbul rasa tak berterima kasih tu.

Semoga kita semua terpelihara daripada perasaan dan sifat mazmumah. Amin..

UmmiAnan Naim –

Aduhai dik. Tiade sapa yang penah sempurna dik. Allah sahaja yang sempurna. Allah bagi apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak…

Kalau dah rezeki dia kita berlapang dada dik. Macam akak anak sorang je, itulah racun itulah ubat. At least Dia bagi jugak walau satu. Kalau kita rasa kekurangan ada lagi orang yang lagi kurang..

Alhamdulillah nasiblah kita cepat sedar. Syukur dik, hakak doakan kau sentiasa cukup rezeki insyaAllah. Dapat somi yang baik dan anak anak jugak rezeki tu… Alhamdulillah

Zuriyanti Sanusi –

Makna hidup yang sempurna bila kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Setiap orang mana ada life yang perfect. Even anak raja sekalipun tetap ada kekurangan dalam hidup.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Baru kita stop banding banding hidup kita dengan orang lain. Jangan pandang orang yang lebih dari kita. Pandang orang yang lifenya serba kekurangan berbanding kita.

Baru kita rasa bersyukur dan sentiasa ingin memberi. Kat medsoc semua orang cuma pamerkan yang indah indah je. Yang buruk buruk simpan dalam hati. Sebab tu jangan percaya sangat dengan medsoc

Nor Salida Abdul Rahman –

Dik, akak ni umo dah 40 tapi hidup biase biasa je. Banyak kekurangannya, tapi alhamdulillah rasa sentiasa cukup.

Kalau nak hilangkan rasa down bila tengok orang orang kaya kat IG tu, mari akak share sikit.

Awak buka YouTube, awak search ceramah pasal syurga. Awak dengar je. Lama lama awak akan rasa dunia ni nothing. Dalam masa yang sama, awak akan motivate diri sendiri untuk lebih berusaha untuk ke syurga. All the best.

Sumber – Ara (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa kata anda?