Setiap kali pergi umah babah, mama buat tak layan. Pernah sekali kereta rosak, mama ambil babah dan tinggalkan kami tepi jalan

kisah ni adalah kisah benar tp nama watak dalam cerita aku ubah atas niat menjaga nama baik pihak yg terlibat.

Takde niat aku utk buka aib sesiapa, tp apa yg aku kongsikan semoga jd pengajaran buat semua. Kisah ni agak panjang aku bg warning awal-awal. Heheh

Ringkasnya, nama aku Airis (bukan nama sebenar) umur 20an anak sulung & masih belajar di sebuah universiti awam. Babah & umi bercerai masa aku sekolah rendah lg.

Lepas babah & umi bercerai, aku & adik (Aira bukan nama sebenar) duduk dgn tok abah dgn tok mak kt kampung. Tok abah & tok mak besarkan kami 2 beradik dgn cara yg sederhana sbb umi sambung belajar di luar negeri, babah dah duduk kt rumah sendiri di daerah lain.

Yelah, takut kena dera. Hahah. Tapi Allah Maha Pengasih & Maha Penyayang, title “bapak tiri selalu jahat” tu tak boleh apply pd Abi aku.

Dia sgt baikkkk jaga kami dua beradik walaupun garang mcm singaaaa. Dia tak pernah gelarkan kami “anak tiri” dia depan kengkawan dia.

Kebetulan pulak muka aku dgn abi nk dekat sama. So org pun percaya bila Abi kata aku ni anak dia

Eh terlajak cerita pasal Abi, aku nk teruskan cerita pasal Mama aku pulak.

Okay, selang 1-2 tahun umi nikah dgn abi, babah pun nikah juga. Dgn pilihan hati dia yg aku gelarkan dia Mama. Mama ni belum pernah kawin, umur dh masuk 30-an kot masa dia nikah dgn babah.

Orang lalu lalang tak hiraukan kami pun. Ajak tgk tv tak, ajak berbual pun tak. Babah je dtg ajak kami makan. Aku tahu babah serba salah, tp nk buat camne.

Dah org tak sudi nk layan kita. Last-last babah bawak kami balik rumah nenek belah babah. Happy sikit hati kami jumpa sepupu-sepupu belah babah.

Takpelah, mungkin dorg belum boleh ngam lg dgn aku (dalam hati aku).Aku ingat lg, ada satu hari tu babah ajak keluar sbb nk sambut birthday adik baby kami (anak hasil dari babah + mama).

Babah beli satu kek kecik harga RM3 kt kedai kek. Ala yg kecik yg ada patung katun Pokemon ke Doraemon ke yg bila picit keluar bunyik tu.

Malam tu mama ada kt rumah mak dia, tp aku, Aira dgn babah kt rumah nenek belah babah. Dah dekat tgh malam tiba-tiba babah kata kena hantar babah balik rumah nenek belah mama naik kereta aku.

Jd aku, Aira dgn sepupu lelaki aku hantarlah babah ke sana. On the way ke sana, tiba-tiba kereta kesayanganku semput. Tiba-tiba mati, nasib baik sempat park tepi jalan. Kereta dah tak boleh start.

Aku dah gelabah dah la. Babah call sepupu aku (pomen kereta) kt rumah nenek babah suruh dtg tgk kereta aku. Then dia call mama.

Tak lama tu mama dtg dgn abang dia. Aku ingat aku dgn Aira balik ikut mama, rupanya babah tinggalkan kami kt tepi jalan bertiga sambil tggu sepupu kami sampai.

Tp yg ni baru je jadi. Aku tak tahu apa salah aku.

Skrg aku tgh cuti semester. Sebulan lebih duduk rumah so aku ambik keputusan utk balik kampung babah dgn adik aku, Aira.

Dgn keadaan kereta kesayanganku yg dah uzur tu, kami tawakkal pd Allah apa nk jd sepanjang perjalanan balik kampung babah, kami balik dgn hati yg terbuka.

Bawaklah sikit makanan utk org di kampung. Lepas balik rumah nenek belah babah, babah bawak kami balik rumah babah & mama. Babah cuti haritu, tp mama kerja.

Mama balik kerja waktu tghari, aku sambut mama kat pintu rumah. Aku hulur salam, mama sambut acuh tak acuh. Aku ajak mama makan, mama kata mama dah makan.

Jd aku ambik keputusan utk maafkan je mama sbb tak layan aku & adik aku dgn baik. Sbb aku fikirkan kebahagiaan babah. Biarlah aku terasa hati sikit, tp babah hidup bahagia dgn mama.

Biarlah aku dgn Aira tak dapat kasih syg yg bnyk, asalkan adik baby dapat kasih syg yg sempurna dari babah. Mungkin pengorbanan aku ni cuma sikit nk bandingkan dgn pengorbanan babah pd kami dulu.

Untuk Mama, kami Airis & Aira minta maaf sbb kami menyusahkan mama & babah. Kami minta maaf sbb kami cuma menumpang kasih syg babah kami dgn adik baby & mama.

Kami bukan berniat nak rampas harta babah atau kikis harta babah, cukuplah kami nampak babah sihat, babah happy dgn kalian, kami pun tumpang happy.

Bersyukurlah kami masih ada perasaan nk balik kampung jenguk org tua kami, kalau tidak? Mesti org tua kata anak tak kenang budi kan? Tapi bila balik jd mcm ni, mcm mana pula? Wallaua’lam.

Semoga cerita aku yg banyak khilaf ni jd pengajaran buat semua. Yg baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan.

Untuk mama, kami minta maaf ya Mama. Kami cuma menumpang kasih babah utk sekejap saja…

Salam sayang utk Babah & Mama,

Kakak Airi

Apa kata anda?