Setelah 4 tahun di sindir tak reti buat anak, wanita ini berkongsi berita gembira

Gambar sekadar hiasan : perkongsian pertama dari wanita ini sebelum hamil part 1 : Assalamualaikum admin. Tlg hide profile aku. Selamat berpuasa untuk semua warga krt . Aku dah berkahwin hampir 4 tahun , belum dikurniakan zuriat ( doakan aku ) . Tujuan aku post kat sini cuma nak meluahkan rasa sedih aku min  orang sekeliling aku semua pakat mengandung . Kawan baik aku yg dlu sama2 travel , sama2 lepak , semua skrg tgh mengandung .

Ada yang kahwen selepas aku pun , dah mengandung . Kak ipar aku kawen tahun lps pun , dah bersalin . Sepupu aku yang kawen hujung tahun lepas dah mengandung dah dua org . Aku taktau nak luah sedih aku kat sapa. Suami dan mertua xpnah tanya pun pasal zuriat ni . Tp aku sebagai isteri mesti laa rasa nak jadi seorang ibu . Bila tiba time raya , time kenduri , semua orang tanya kami dh brapa org anak. Soalan yg aku tak mmpu nak jawab.

Mak mertua aku cuma boleh senyum ja . Aku cuma mintak diorang doakan aku. Tapi disindir pulak takreti buat anak la , tak pergi mgurut la , tak makan jamu mak nenek la . Kami ikhtiar laki bini , takkan nak kecoh satu dunia. Masakan aku kalau p mengurut , nak update status. Sedih min.

Setiap malam seblm tdur , aku pgg perut aku , pejam mata serapatnya , berdoa semoga Allah cepat krniakan kami zuriat . Aku pandang muka laki aku , sayu ja aku rasa . Seolah aku isteri yg tak berguna  bila bkk wasap , banyak kawan aku update status pasal ank diorg , anak tidur , anak main , prgai anak masing2 .

Aku s4kit hati min. Sumpah aku sedih. Kadang aku marah , knpa diorang update mcmtu , tak pikir ke prasaan aku yg masih menanti zuriat ni. Tp min aku tau bukan salah diorg , tu hak diorang . Aku rasa sunyi sgt min. Kawan baik aku yg mgandung skrg ni bila wasap je , crita pasal prkmbangan baby diorg . Pasal hb , pasal due , pasal barang baby , pasal check up .

Aku cemburu min. Setiap kali wasap diorang bercerita kat aku . Aku bkn tak happy untung diorang. Aku pun blh tumpang kasih dgn anak diorang nnti . Tp prasaan sedih tu ttap ada min . Sampai kadang aku rasa diorang ni tak pnah jga prasaan aku . Aku selalu sebukkan diri aku dgn kerja . Kerja tiap hari 12 jam .

Waktu cuti pun aku akan buat perkara utk sebukkan diri aku. Supaya aku tak terlalu memikir n stress hal mcmni . Tp bila dah pkp ni , tak boleh nak kemana , bnda ni selalu main dalam kepala aku min. Aku mngis dlm doa. Aku xpnh berhenti brharap smoga Allah kabulkan doa aku. Maaf tulisan aku ni sgt panjang lebar.

Aku cuma ingin luah apa yg aku rasa min . Aku taktau nk luah pada sapa . Aku yatim piatu . Nak luah pada kakak aku , aku malu min sbb diorang smua dah bersuami . Warga krt , tolong la bagi semangat untuk aku . Tolong la bagi tips atau petua untuk aku . tolong doakan aku . Tolong doa aku kuat dan tabah terima ujian ni , tolong doa aku dikurniakan zuriat secepat mgkin . Semoga Allah merahmati kita smua . Terima kasih sudi baca luahan hati aku ni . Tq min

Perkongsian ini telah menarik perhatian netizen di page kisah rumah tangga ramai yang bersimpati dan turut mendoakan. PERKONGSIAN PART 2  BERITA GEMBIRA WANITA INI DI BAWAH SERTA TIPS YANG DI AMALKAN WANITA INI  SANGAT LUAR BIASA.

PERKONGSIAN PART 2 : Assalamualaikum admin. Tolong hide fb aku min . Aku pernah luah prasaan kat sini hari tu . Aku mengadu yg aku belum dikurniakn zuriat setelah 4 tahun berumahtangga . Alhamdulillah min. Aku cuma nak kongsi berita gembira ni utk semua .

Berkat kesabaran kami suami isteri , harini aku test upt positive min. Menangis aku tak henti. Allah Allah Allah. Tu ja yg kluar dari mulut aku min. Airmata tal henti mengalir. Sujud syukur aku harini min . Akhirnya Allah kabulkan doa kami , Allah bg apa yg kami ingin selama ni Baiknya Allah .

Utk yg sedang menanti zuriat , aku doakan semoga ada rezeki kalian nnti . Tolong jgn berhenti berdoa , tolong jgn mengalah , tolong jaga emosi dan jgn stress . Apa tips yg aku boleh kongsi

1 . Aku redha seredha redha nya . Aku berserah pada Allah . Aku doa hari2 sebelum tido . Robbi habli minladunka zurriatan toyyibatan innaka sami’ud du’a

2. Aku abaikan kata2 negatif org , aku jauhkan parasit2 yg selalu kondem n perli2 aku .

3. Aku selalu mintak org doakan aku . Tak kira la kenal ke x kenal. Aku akn komen kat fb org , aku doakan kan diorg n berharap diorg pun doakan aku .

4 . Aku bersedekah . Aku belanja kawan2 . Kadang dalam poket , duit xbyk mana pun . Tp aku yakin dgn rezeki Allah. Aku yakin , walau sikit yg aku bagi , Allah mesti bg aku rezeki

5 . Aku mintak doa dari haiwan2  sambil bg makan kucing , aku mintak dia doakan aku . Sambil bg makan ayam , aku mintak dia doakan aku

Semoga bermanfaat utk kalian yg masih menunggu zuriat . Doakan aku dan kandungan aku sihat ya . Semoga mommy n baby selamat semuanya terima kasih min

Alhamdulillah ramai yang turut gembira dengan perkongsian daripada wanita ini, tidak sangka setelah di sindir dan di perli tidak pandai membuat anak dia tetap kuat dan berusaha di samping berdoa. Ini antara reaksi warga net.

Apa kata anda?