Memang sekarang zaman kalau nk kahwin kena “tong2 ke duit” hantaran? dia igt aku kaya sgt ke

Aku Hannah berumur 29 tahun dan masih belum berkahwin, hujung tahun ni aku bakal bertunang dan segala persiapan dari aku untuk majlis bulan 12 ni aku belum sediakan. Aku rasa aku complete package la sebabb masih lagi gagal mempunyai kerjaya stabil di usia 29 tahun ni. Dulu aku pernah terjebak MLM yang mana aku rugi 30k duit loan

kesan dari tu aku suffer banyak komitmen baru dan lama yang aku tak bole tanggung , masalah demi masalah datang dari start bank kejar,kereta ditarik,kene tipu,kene tinggal ex-bf tunang dengan orang lain , mak ayah dah tak sehaluan sejak 4-5 tahun lepas dan yang paling utama masalah kewangan yang meruncing dan hidup dalam keadaan tak tenang sebab hutang.

Pedih kalau aku cerita dekat orang masalah aku orang cakap mungkin nak cuci dosa la, ada hikmah dan macam2 lagi,macam aku ni pendosa padahal peristiwa ni kesan dari aku kene tipu dengan kawan aku sendiri, bab yang masuk scams MLM tu aku buat loan follow macam bodoh bagi semua campak dekat kawan, jadi tahun-tahun yang dilalui sekarang amat perit untuk membayar yuran kebodohan.. kalau aku total jumlah hutang tu aku ada dekat 100k (loan 30k,ptptn 36k, kereta 30k) tu yang jumlah besar.. belum termasuk lain-lain hutang kecil ada dekat 6k lagi.

Kemuncak bila aku start nak plan tunang dan kahwin ni aku jadi tertekan,sedih kadang aku menanges dan sebak aku sentiasa takut yang aku akan kehilangan orang yang aku cinta, sudikah dia terima aku dalam keadaan macam ni, perempuan tak berharta,kerjaya pun tak stabil, dan masalah keluarga.

Dulu orang yang aku sayang tinggalkan aku dan ada jugala beberapa mamat sebelum ni tinggalkan aku bila dengar aku ada problem macam ni.. bila pejam mata betul la aku bukan Cinderella yang berangan ada lelaki kaya nak kawen dan bantu aku,aku bukan sesiapa dan sebenarnya aku tak minta pun nak bayarkan hutang aku sebab tu masalah aku.

Pertama kali pergi rumah bakal tunang sekarang mak dia dah tanya pasal hutang aku, tanya adakah aku bayar bulan-bulan? aku terpaksa cakap yang aku bayar padahal hakikat aku dah terkeluar lama dari program AKPK, Gaji sekarang hanya RM 1,500 sebulan, kereta pun kereta second-hand ayah aku bantu untuk aku guna pergi kerja.

Ayah aku memang kecewa dengan aku sebab aku tak mampu bantu ringankan beban dia dalam bantu family. Mak dan ayah aku tak sehaluan tapi mereka duduk rumah asing, Walaupun berasingan ayah aku still tanggung mak dan adik2 aku yang lain. Jauh di sudut hati ni meberontak nak tengok Mak & Ayah aku bersama macam dulu. Mak aku seorang suri rumah dan ayah aku bisnes sendiri dah makin tua dan dia sendiri pun banyak hutang.

Aku sampai sekarang cuba cari kerja yang gaji tinggi 3k-4k supaya aku bole bayar hutang,bantu family dan tak menyusahkan bakal tunang aku, Aku dah cerita semua masalah aku pada bakal tunang dan minta dia tinggalkan aku dan berfikir semula keputusan nak hidup dengan aku yang mencabar ni.

Dialah so far yang sanggup nak jugak dekat aku. Aku ada juga buat bisnes online kadang-kadang kalau bernasib baik aku dapatla 400-800 sesekali, so ada la dalam certain bulan aku bernafas, kerja sekarang aku kene cari seberapa banyak client/project untuk company aku.

Company ni terlalu baru aku cuba sesuaikan diri kadang-kadang stress kalau xdapat cari client untuk bulan tu sebab mostly bos akan guna duit sales untuk rolling bisnes dia, aku tak dapat nak bawa banyak client paling tinggi pun sales 10k-12k aku bawa untuk company.

Aku dilemma aku nak cari duit lebih aku terpaksa buat part time dengan company sekarang supaya aku tak tertekan dengan masalah-masalah yang sedia ada.

Semalam aku ada terfikir untuk tamatkan hubungan dengan bakal tunang, aku tak mampu nak kawin sebab aku ada masalah kewangan, aku selalu dengar punca rumah tangga retak sebab utama adalah masalah duit , aku pernah rasa gaji 2k,2.5k dan 3k memang masa gah 3k aku dapat bayar sikit hutang cuma sekarang ni aku diuji susah nak dapat kerja sesuai dan gaji macam tu.

Bisnes online aku masih buat da nak dekat 2 tahun lebih bole la bantu kalau ada rezeki bulan tu aku dapatla. kalau xde memang xde langsung.Walaupun aku ni perempuan dan orang kata suami yang akan bantu bersama pasti ke dia mampu nak bertahan, wahai awak saya sayang awak walaupun saya selalu fikir bukan2 yang awak akan tinggalkan saya. Saya pun buntu dan tertekan awak.

Konflik nak kawen pun ada bila start mak dia request nak share duit hantaran, mak aku terima cadangan awal untuk 10k hantaran aku dari pihak dia , cuma mak aku tak puas hati bila mak dia nak share duit katering tetamu dalam 10k tu, dia rasa aku ni terhina dan anak dia diperkotak-katik, aku ok je xde masalah aku redha dan xde pun berfikiran macam mak aku? aku tak faham memang tak bole ke guna duit hantaran tu juga since majlis nak buat sekali je.

Lagi satu ,ak aku nak juga cincin risik masa majlis tunang nanti, mak dia penah cakap tak nak risik dan tak perlu cincin risik dah tu aku nak follow macam mana? bila aku terangkan dekat mak sendiri dia melenting, Aku dah la stress masalah kewangan nak kawen benda baik pun dirumitkan? hadoii

Bakal tunag aku minta aku support sama untuk majlis kahwin atleast aku sumbang dalam 5k so total semua 15k untuk majlis kalau ada lebih bole simpan. Aku stress juga sebab aku buntu mana nak cari duit simpanan.. nak bayar hutang lagi, dengan play hide and seek dengan bank lagi,kalau dia tahu aku tak mampu urus hutang aku mesti dia kecewa.

Dia penah cakap urusan lepas kawin dia akan tanggung aku dah memang tugas dia sebagai suami, Masalah dah meruncing kalau awak tahu mesti awak berfikir panjang nak hidup dengan saya, kadang-kadang menanges baca artikel dekat FB contohnya yang tulis elak pasangan yang banyak hutang dan lain2, masalahnya adakah aku minta maslah macam ni? Allah dah bagi aku ujian ni..

Dekat Facebook tengok kawan-kawan kerjaya bagus, pergi melancong dah kawin dan ada anak, tipula aku pun tak teringin, sebab aku manusia aku pun teringin nak ada family sendiri. kadang aku terfikir macam mana pasangan yang hidup susah awal dan senang akhirnya harungi kehidupan ni.

Aku sampai terfikir nak kerja restoran or mall sebab aku dah xde jalan lagi dah, sijil degree bukanla segalanya, masalah utama adalah kewangan, orang memang suka mengata tapi tahukah aku sengsaranya keadaan aku.

Hidup memang jauh nak berangan macam Cinderella, tolong aku bagi pendapat lagi-lagi aku dengar rezeki orang yang nak mendirikan masjid ni murah, kalau sudi komen manis & pedas komenlah sebab aku share ni aku tak nak korang pun terjebak.

Aku tak mampu nak tulis luahan umur 23 tahun dan simpanan 100k dimana liku2 hidup dia pun tak sama dengan aku. Bagi aku step yang patut aku lakukan sekarang.Terima Kasih…

Apa kata anda?