Lagi smnggu nk kahwin,hati rs tak sedap sgt lps ayah “naik kereta dgn aku”,rupanya akan ada sesuatu terjadi

Assalamualaikum semua. Sorry lah, tak pandai nak mengarang, tapi hati tengah sendu, tak ada tempat nak mengadu. Emmm, macam ni. Kalau sebelum ni, tengok kawan-kawan ramai dah mendirikan rumahtangga. Kadang-kadang aku tak dapat nak elak juga rasa bila lah giliran aku ni. Umur dah nak 30an ni, bayang pun tak nampak.

Aku ni kira bertuah lah, dikurniakan mak dan abah yang paling baik dalam dunia lah aku rasa. Mak abah yang tak boleh tengok anak-anaknya susah hati. Adik beradik aku kerja besar mana pun, ada masalah melanda mesti rujuk mak abah. Peliknya nasihat mak abah aku ni sentiasa tepat dan berguna. Allah saja tahu betapa aku sayangkan mak abah. Umur mereka ni dah lanjut. Tua dah..

Kalau aku balik kampung tengok abah siap-siap nak pergi surau, dengan kopiah putih dan baju melayu, bau tu wangi je.. Aku tengok kecik je abah aku ni. Kalau dulu, badan semangat.

Kadang tak sedar meleleh airmata aku. Mak pulak kalau bab memasak fuhh.. sampai ke menantu-menantu kalau balik memang mengidam masakan mak aku. Tapi sekarang makan pun tak boleh sebarangan, kena berpantang sampai kurus badan tu aku tengok.

Aku perasan tahun 2019 ni lah mak dan abah nampak tua sangat dan tak larat buat semua perkara. Ituhari aku balik kampung. Aku duduk dekat beranda sambil pandang laman rumah,memang rasa nyaman. Tapi dalam hati aku ni, rasa rumah ni bakal jadi kenangan aku. Aku terus rasa sedih. Aku macam tak ready nak kahwin lah. Aku risau.. esok aku kahwin siapa nak tengok mak abah ni?

Kalau cuti sekolah,aku paling lama balik kampung, teman mak abah. Adik beradik aku semua dah kahwin ada anak-anak. Aku terfikir esok aku dah kahwin aku tak boleh nak balik lama-lama macam sekarang. Walaupun aku tau mak abah nampak happy aku dah nak kahwin tapi aku tahu, jauh dalam hati mereka ni sedih.

Ituhari aku teman abah aku beli sarapan pagi naik kereta aku. Abah tiba-tiba kata entah bila lagi aku ni dapat teman abah pergi sana sini macam selalu. Aku ni dari kecik sampai ke besar gini, tak lekang dengan abah aku. Kemana je mesti aku yang temankan.

Lepas tu, makan tengahari aku borak-borak dengan abah dan mak, mak cakap nanti aku dah jarang balik jenguh mereka. Sentap. Tiba-tiba aku terfikir, keputusan aku nak kahwin ni betul ke?

Makin dekat tarikh aku nak kahwin makin aku rasa jauh dengan kampung aku. Aku mula rasa, aku tak penah berbakti pada mak abah. Aku tak penah balas jasa mereka menjaga aku selama ni. Mak abah memang tak pernah minta dekat aku apa-apa.

Melainkan tanya aku balik tak minggu ni? Kadang aku tersenyum, bosan la tu.. yelah, aku balik lah. Mak dan abah sekarang ni macam-macam sakitnya. Dah tua. Aku dah tak lalu nak dengar doktor terangkan sakit yang terbaru mak dan abah aku hidap.

Aku kadang-kadang tengah buat kerja, bawak kereta ke aku teringat mak abah aku kat kampung aku jadi sebak dan menangis. Mula laa menderu-deru air mata ni keluar sambil aku berdoa Ya Allah panjangkan laa umur mak abah aku, terima lah segala amalan mereka, sihatkan lah tubuh badan mereka supaya dapat beribadat kepada Mu, mtikan lah mereka dalam keadaan beriman dan taubat yang diterima.

Bila aku pandang bakal suami aku, aku tahu aku boleh bergantung harap pada dia, semoga dia menjadi suami yang baik, dan aku menjadi isteri yang baik untuk dia. Tapi jauh dari sudut hati aku, aku rindukan mak abah. Aku rasa tak sama.

Nanti aku rindu nak mengadu kat mak abah, macam mana? Kalau aku tengah berperang ngn masalah bodoh aku yang sebenarnya kecik je tapi aku yang fikir lebih-lebih tu macam mana?

Adik beradik aku ramai. Tapi entah lah, mungkin sebab aku dah tengok dengan mata sendiri. Selalunya bila mak abah dah takde, adik beradik ni jadi menjauh, dengan ada komitmen sendirinya lagi. Bukan putus adik beradik, tapi tak macam dulu..

Mak aku ada pesan ituhari, esok mak abah takde jangan lupa sedekahkan al-fatihah buat kami. Mak aku pesan sambil menitis airmata. Aku jadi tak lalu nak makan. Aku tau, mak tengah risau kan sakit dia yang tak pernah beransur. Mak aku sakit, dari aku kecik, Allah je tahu betapa kuat mak aku harungi sakit dia. Keluar masuk ward tu biasa dah. Aku memang dah biasa teman mak dekat ward.

Aku rasa nak menjerit, aku taktahu apa aku nak jeritkan. Aku taktahu siapa aku nak marahkan. Aku baru perasan, sebenarnya aku tak bersedia kehilangan mak abah, aku taknak pun terima kenyataan yang mereka dah tua, dah tak larat lagi macam dulu.

Aku cuma berharap, aku akan redha menerima setiap yang hidup pasti mti. Aku berharap aku berjaya menjalankan tugas aku sebagai anak mereka. Aku berharap aku tak lupa sedekahkan apa yang patut untuk kedua mak abah aku bila tiba saatnya nanti. Aku berharap aku belajar berdikari tanpa mengharap mak abah dan adik beradik aku.

Semoga Mak abah sempat menimang semua cucu-cucu nya. Semoga aku sempat bawa mak abah datang rumah sewa kami (jadilah nak beli rumah sendiri belum lagi, Insyaallah kalau ada rezeki). Dan aku berharap, aku juga dapat menjadi macam mak abah aku kepada anak-anak aku.Kepada mak dan abah, terima kasih sangat sebab menjaga anak mu ini, dari kecik sampai besar tak habis-habis menyusahkan. Tapi tak sekali pun mak abah mengeluh, melainkan berterusan membantu.

Kepada adik beradik aku, semoga kita sentiasa rapat dengan satu sama lain. Jangan berbalah, dan sayangkan hubungan yang kita ada. Yang jarang jenguk mak abah balik tu, balik lah sementara tengah ada ni, abah tu dah selalu sangat cakap berapa tahun je lagi nak hidup. Ya Allah.. ;'(

Apa kata anda?