“Byk ke gaji tutor tu”, dipersenda kwn. Dgn doa ibu, banyak ni gaji aku sekarang

Foto sekadar hiasan. Salam. Malam2 macam ni rasa nak bercerita pulak. Sambil makan kurma. Alkisahnya bermula minggu lepas, aku dah dapat kerja yang selari dengan kelulusan aku. Alhamdulillah gaji pun ok rm 3000 starting after confirm. Probation period 3 months gaji rm 2500. Bukan aku nak riak dengan kerja dan gaji aku. Tapi setelah dapat kerja ni jauh membawa aku merenung hidup aku 10 bulan lepas. Apa yang dah aku lalui.

Aku seorang yang sgt aktif berprogram masa dekat Universiti dulu. Org lain cuti sem balik kg,aku tak balik. Sebab sibuk la sangat. Lepas aku habis belajar, mak aku jatuh s4kit.

Di saat kawan2 aku beria hantar resume ke sana sini, aku hanya tengok je. Dalam hati aku, tak pe aku kena jaga mak dulu. Aku anak bongsu, abg dan kakak aku semua dh bekeluarga. Jadi memang aku lah kena jaga mak masa tu.

Sambil jaga mak tu aku start jugak cari kerja dekat2 rumah. Kerja pertama aku lepas grad, adalah tutor bdk pt3 dgn gaji rm 5 sejam. Kelas dia waktu malam je. 8-10 malam. Berhnti rehat solat brjemaah skjp lps tu smbung kelas.

Ni sbnrnya tusyen dkt masjid, untuk ank2 org susah. Jadi aku pun tak kisah sgt,aku cuba je dulu. Bermula lah gaji aku sebanyak rm 50 seminggu, sehari rm 10. Sebulan rm 200.

Dengan duit ni la aku, gunakan untuk belikan apa je makanan mak teringin makan. Buah ap mak nak makan,pasti aku belikan. Masa tu aku rasa macam banyaknya duit aku. Hihi. Kelakar pun ada.

Tapi tak lama kat situ, aku pindah kerja lain. Tapi still sama as a tutor jgk dkt pusat tusyen area taman rumah aku. Dia baru bukak. Kali ni aku mengajar byk kelas. Upsr, pt3, spm pun. Tapi gaji dia mahal sikit rm 8 sejam. Haha.

Mahal la tu, rm 3 kot naik. Yang ni weekend pun aku ada kelas tapi sekejap je dalam dua jam. Dan boleh buat OT jgk. Hasil mengajar sekali dengan OT tu aku pernah dapat dlm 500-600 gaji.

Bayangkan bertambahan byk mana dr gaji rm 200 aku dulu tu. Masa ni aku start bagi duit dekat mak rm 50/100 setiap kali aku dapat gaji. Walau pun sikit aku bagi jugak dapat la mak merasa duit aku. Walaupun tak sebanyak kakak dan abang aku bagi.

Lepas dua tempat kerja tu,aku bertukar lagi tempat kerja. Sebab utama gaji tempat lama dibayar lambat. Kali ni aku still a tutor. Hahaha. Tapi gaji aku rm 10/jam.

Cuma kelas dia isnin sampai jumaat je. Rm 20 sehari. Sebulan dapat rm 400. Ada ke lagi gaji banyak ni zaman sekarang? Kalau tgok gaji aku ad turun sikit kan. Huhuhu

Jadi aku cari lagi kerja lain. Tapi rezeki aku masih lagi sbg tutor. Hahaha. Panjang betul jodoh aku dengan tutor ni. Cuba korang teka berapa pulak gaji aku kali ni.

Rm 30/jam ni as private tutor means ajar sorang je student. Tapi…tengok ni ada tapi weh. Kekeke. Hanya dua hari je seminggu. So seminggu gaji aku rm 120. Sebulan rm 480. Tak naik jugak la ke angka 1000 gaji aku.

Bila kwn2 aku tanya banyak ke gaji jadi tutor ni.  Ada juga kawan yang mempersenda sebab aku tiada kerja tetap. Ni la hakikatnya yang aku dah lalui. Walaupun gaji ciput pun aku selalu usahakan untuk bagi at least rm 50 dkt mak aku.

Alhamdulillah, mak aku pun makin ok. Jadi aku pun start la job hunting. Sekali je iv terus dpt kerja tu. Duit pg iv semua tu aku guna duit sendiri. Nanti deposit rumah pun aku guna duit mengajar ni.

Banyak benda aku krban sepanjang 10 bulan ni demi mak. Dan akhirnya Allah balas dengan nikmatnya diluar jgkaan aku. Aku selalu pegang kata2 ni dari mak.

“Tak kisah la hang umur brp,25 ke 30 ke,40 sekali pun. Once dah habis belajar,mak yakin ada rezeki hang cu kerja elok2 nanti”.

Allah makbulkan kata2 mak. Akhir kalam,bukan senang nak senang.

Apa kata anda?