Ayah pemalas, tidur je. Lps mak meninggal, adik bongsu ‘hilang’. Aku meraung, ayah pura2 tidur

Foto sekadar hiasan.

Aku Tiha (bukan nama sebenar). Awal 40an. Sudah berkahwin dan ada 4 orang anak. Punyai seorang suami yang baik.

Aku sebelum ni hanyalah silent reader dalam wadah ni. Tapi teringin jugak nak berkongsi sekadar iktibar. Syukur andai tulisan aku ini disiarkan. Mudah mudahan sedikit sebanyak boleh jadi renungan bersama.

Aku ingin berkongsi kisah hidupku yang sangat susah masa kecil apa lagi selepas kematian emak ketika aku berumur 12 tahun.

Aku ada 7 saudara, 2 perempuan 5 lelaki. Sulung perempuan berkahwin ketika berumur 16 tahun kerana paksaan ayah. Emak masih ada masa tu. Aku anak ke 4.

Emak meninggal selepas sakit hanya sebulan. Sakit yang tak diketahui. Aku yang jaga mak walaupun aku baru berumur 12 tahun. Darjah 6. Balik sekolah aku uruskan mak mandi dan makan. Masak ikut kemampuan budak 12 tahun.

Pasti semua hairan kan. Mana ayahku abangku kakakku. Abang ke2 merantau langsung tak balik. Abang ke-3 bantu la sikit sikit, kakak ikut suami tinggal jauh di negeri utara.

Ayah siang malamnya lebih banyak tidur. Adik semua kecil kecil lagi. Ayahku agak pemalas sebab tu kami susah. Hanya harapkan kudrat mak yang tak seberapa.

Mak tak pernah rehat. Sentiasa mencari jalan untuk isi perut anak anak. Akhirnya mak tewas. Dan aku jadi macam anak ayam hilang ibu. Tapi demi adik anak yang masih kecil aku kuatkan semangat.

Selepas mak meninggal kami semakin susah. Pernah tak makan nasi 3 hari. Saudara mara pun tak peduli kerana kemalasan ayah. Akhirnya aku yang berhutang beras dengan jiran jiran. Malu pun aku tebalkan je muka demi adik adik kecilku yang kelaparan.

Urusan persekolahan juga jadi kucar kacir. Bahkan adikku yang paling kecil umur 1 tahun diserahkan oleh nenek kepada saudara jauh semasa aku di sekolah masa di bawah jagaan ayah.

Bila aku balik, adik dah takde. Aku jadi kelam kabut. Ayah mengunci mulut. Pura pura tidur. Selepas aku meraung sebab tak jumpa adik barulah ayah beritahu itupun tanpa rupa bersalah.

Aku jatuh sakit demam, merindu. Kata orang tak sangka nak hidup tapi Allah panjangkan umurku. Aku bangun teruskan hidup. Pagi ke sekolah. Balik uruskan rumah dan petang ke sawah. Adikku 2 orang lagi aku jaga sebaiknya.

Belanja persekolahan pon boleh dikatakan cari sendiri. Untungnya aku pandai cari peluang. Musim menuai aku ambil upah potong padi musim menanam aku ambil upah kemas sawah dan tanam padi.

Musim menunggu padi berbuah dan masak aku cari ikan dan jual. Mungkin drah mak yang mengalir dalam tubuhku buat aku jadi kuat.

Aku memang jarang mengadap buku sebab rutin hidupku yabg terlalu memenatkan. Tapi aku boleh dikategorikan budak bijak.

Setiap kali peperiksaan aku selalunya dapat tempat terbaik atau kedua terbaik. Sekolah rendah dan sekolah menengah. Mak bangga dengan aku semasa hidupnya.

Tapi aku cuma mampu setakat tingkatan 6. Itupun sebab aku banyak dapat bantuan persekolahan sebab kecemerlangan aku.

Nak masuk universiti aku tak mampu. Lagipun siapa yang nak jaga adik adik ku. Kami dipulaukan saudara mara kerana kami susah. Tapi kami berusaha untuk tidak menyusahkan sesiapa.

Ketika umurku 29 tahun ayah meninggal. Tinggallah kami adik beradik di rumah buruk ayah. Aku sering berdoa agar Allah permudahkan rezekiku.

Akhirnya aku dapat jawatan sebagai penjawat awam. Tentu saja bukan pegawai untuk cuma kelulusan STPM. Tapi cukup untuk membawa sinar dalam hidup kami.

Aku ditempatkan di kampungku. Berulang alik dengan bas merah je. Makan setiap hari bawa bekal. Sabtu ahad aku cari apa saja yang boleh buat stok untuk lauk.

Ikan kampung hidup aku kurung dan seawal 5 pagi aku dah bangun masak untuk bekal dan untuk adikku nanti bila diorang balik dari sekolah.

Adik bongsu ku mencari kami semula selepas tahu dia anak angkat dan kami bertangis tangisan kerana terlalu gembira.

Ketika umurku 24 tahun aku bertemu jodoh dengan suamiku orang kampung bersebelahan dan bekerja satu jabatan denganku. Untungnya suamiku tidak menghalang hidupku macam biasa dengan adik adikku.

Waktu ini abang ke-3 ku juga telah berkahwin dan telah pindah keluar dari kampung. Dan akulah yang tinggal di rumah pusaka kami. Tapi dia tetap membantu menyara persekolahan adik adik ku.

Sekarang semua dah dewasa. Dah berkeluarga. Saudara mara pun dah buka mata. Mulut pun dah manis. Tapi aku tak pernah berdendam. Sesungguhnya kesusahan buatkan aku kuat dan tak mudah goyah bila diuji.

Sekarang aku melihat ramai saudara maraku yang diuji dengan ujian rumahtangga bercerrai berai sebab tak tahan hidup tak berduit kerana meteka tak pernah hidup susah.

Alhamdulillah aku masih teguh bersama suami dan ahli keluargaku. Semoga terus pelihara kami.

Hidupku macam drama kan. Tapi itulah realitinya. Buat pembaca semua kesusahan itu adalah medan ujian yang menguatkan kita. Ia akan mematangkan kita. Sesungguhnya Allah tak akan menguji kita di kuar kemampuan kita.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Reaksi warganet

Yustinanitar Bt Ariffin –

Saya juga pernah hidup susah. Tapi jalan cite hidup sis lagi susah. Ya andai ditakdirkan saya jatuh tersungkur (minta dijauhkan) satu hari nanti saya tak da ralat sangat sebab dah pernah melalui fasa tersebut. Semoga sis bahagia. Saya selalu cite dengan anak anak saya susah dulu bila anak anak nakkan sesuatu.

Zurainee Mohd Tap –

Kesusahan hidup pastinya bermula dengan ketua keluarga yang pemalas. Duduk melepak dikedai kopi dari subuh hingga ke senja. Bergurau senda dan berjenaka. Jadi penglipur lara kononnya. Bila di rumah, tidur sepanjang hari. Semoga awak terus kuat, hebat..

Matjadi Jadi –

Gigihnya adik menghadapi cabaran yang hebat. Sedihnya baca kisah adik. Moga adik mendapat pahala berganda menjaga adik adik.

Rata rata zaman dulu orang perempuan tanggung beban yang berat. Cari nafkah, jaga anak memasak, beranak lagi. Lelaki buat apa?.

Balik dari sekolah, tenguk lelaki lelaki main dam dab berapa kali naik haji hingga balik time makan. Bini tunggang langgang kat rumah. Tenguk keadaan memang nekad aku tak nak kahwin jika lelaki semua ciri ciri macam tu.

Alina Said –

Keperitan hidup, kemiskinan, kesusahan mngajar kita erti kekuatan. Semoga hidup anda dan sekeluarga dilimpahi kebahagiaan, rezeki, keberkatan serta rahmat dari Allah.

Kita bila terdidik dengan kepayahan pasti sentiasa bersedia untuk dugaan dan ujian. Walau tidak kaya, namun itu sudah cukup membahagiakan kerana tak menyusahkan sesiapa, dengan rezki yang diraih dengan cara halal, in shaa Allah, hidup pasti berkat walau rezeki yang diterima sederhana sahaja.

Fazidah Abdul Kadir –

Ingatkan kita dulu dulu dah susah rupanya ada lagi yang sangat susah dan dapat tempuhi hidup dengan rahmat Allah dan hasil usaha tulang empat kerat serta ilham dari Allah.

Benarlah kata Allah, kalau Allah nak beri kebaikan, walau satu dunia nak halang tetap akan sampai dan kalau Allah nak beri keburukan walau satu dunia berkumpul untuk lindungi, mereka tetap takkan berjaya.

Semoga terus berjaya dan bahagia serta dalam rahmat dan lindungan Allah selalu confessor. Terima kasih atas kisah hidup yang amat menginsafkan.

Apa kata anda?