Anak pmpuan dipksa bercucuk tanam. Lps nikah, aku jd kejutan budaya dgn keluarga suami

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin andai confession aku ni disiarkan. Nama aku S. Berumur 27 dan baru sahaja berkahwin setahun lebih. Dalam keluarga aku mempunyai 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan termasuk aku. Aku dibesarkan dalam keluarga yang dimana lelaki dirajakan dan perempuan dihambakan dimana kerja2 rumah dan luar rumah seperti berkebun dilakukan oleh perempuan.

Dari memasak, mengemas, angkat pasu dan bercucuk tanam, semua dilakukan oleh perempuan di dalam keluarga ini termasuk lah ibu ku.

Yang lelaki, biasanya akan duduk di ruang tamu, bersila dan menunggu makanan di hidangkan diketuai oleh ayah aku.

Biasanya ketika makan bersama, aku akan ulang alik ke dapur jika abang2 atau ayah aku menyuruh aku refill air basuh tangan, atau pun buat air panas, atau tiba2 disuruh utk goreng telur.

Ibu pula biasanya tidak akan makan sekali. Tugas nya adalah melayan ayah aku dan anak2 lelakinya ketika makan. Kadang2 aku kesian dengan ibu sebab ayah selalu suruh dia buat macam2.

Ibu aku jenis seorang yang paksa diri asalkan dapat memuaskan hati ayah. Kadang2 muka ibu kelihatan penat dan lesu apabila buat macam2 mengikut kehendak ayah.

Aku juga selalu disuruh untuk menjaga anak2 buah aku dirumah. Mandikan, bagi makan, tidurkan anak2 buah ketika ibu bapa mereka sedang asyik tengok TV atau pun keluar berjalan2.

Aku seperti sudah biasa dengan tugas2 ini dan sudah lali, dan aku juga tidak boleh kata NO kepada mereka kerana bimbang akan diungkit2.

Oleh sebab culture keluarga aku sebegini, ibu aku selalu pesan kepada aku apabila sudah berkahwin, aku wajib paksa diri untuk memenuhi kehendak suami. Jangan bagi alasan penat, paksa sahaja walaupun sedang skit.

Kalau skit, ubat diri sendiri, jangan susahkan suami. Jangan minta suami buat itu ini. Bak kata ibu, isteri wajib berkhidmat kepada suami. Aku hanya mengiyakan sahaja dan akur pada kata2 ibu.

Nak dijadikan cerita, pada 2018, aku bernikah dengan seorang lelaki yang aku kenal sejak sekolah lagi. Dia merupakan kawan baik aku dan akhirnya jodoh aku.

Suami aku agak misteri. Semasa kami bercinta, aku tidak dapat agak perangai sebenar dia atau peribadi dia. Aku hanya tahu dia mempunyai kerja yang bagus di syarikat GLC dan mempunyai gaji yang lumayan.

Suami aku merupakan anak orang berada. Mereka tinggal di sebuah rumah banglo yang mempunyai laman yang besar. Adik beradik suami aku semuanya lelaki, dan mereka tidak mempunyai ibu lagi.

Beberapa hari selepas bernikah, kami balik ke rumah kami. Berbekalkan nasihat ibuku bahawa isteri wajib berkhidmat habis2an untuk suami, aku persiapkan mntal dan fizikal aku untuk berkhidmat untuk suami aku.

Pagi hari kedua di rumah kami, aku bangun awal untuk siapkan makan pagi suami aku. Suami aku tiada di sebelah, mungkin pergi keluar lepak kot.

Aku pun terus ke dapur dan ku lihat suami ku sedang keluarkan barang2 untuk dimasak. Dia pandang aku sambil senyum, “Jom masaaaaaakkk” dia kata sambil ketawa. Aku terkedu seketika.

Kemudian aku pun mula memasak, melihat suamiku menolong aku, aku dapat lihat yang dia sudah biasa buat kerja2 di dapur. Aku seperti janggal sebab ada lelaki di dapur menolong sekali kerana budaya keluarga aku amat berlainan.

Hari demi hari, aku dapat lihat suami aku banyak ringan kan beban2 aku. Kalau aku buat kerja2 rumah, dia mesti akan tolong. Basuh baju, angkat baju, buang sampah, lead memasak dan sebagainya. Dia akan pastikan semua urusan selesai, baru lah dia akan buat hal2 personal dia seprti main game.

Tiba hujung minggu, pertama kali aku untuk balik ke rumah family dia. Aku rasa agak nervous. Dalam kepala aku, biasanya orang2 berada ni banyak cekadak sikit. Sekali lagi aku persiapkan mntal dan fizikal aku untuk menghadapi apa2 cabaran.

Aku fikir, disebabkan semua adik beradiknya lelaki, mungkin aku dan ipar2 aku akan dihambakan lagi. Baiklah aku bersedia. Aku disambut baik oleh family suami aku. Bilik cantik sudah disiapkan untuk kami bermalam di situ.

Tanpa aku sangka, keluarga nya sangat peramah dan baik2 belaka. Mereka juga mempunyai kerja2 yang bagus dan masing2 mempunyai degree dalam bidang2 yang bagus.

Ayah mertua aku juga rajin berbual dengan aku bertanya macam2 tentang aku dan kerjaya aku. Buat kali pertama, aku rasa seperti di hargai.

Keesokan pagi di rumah mertua, aku ke dapur untuk memasak untuk keluarga mertua. Sekali lagi aku terkedu kerana yang berada di dapur hanyalah suami aku, adik beradik suami aku dan ayah mertua aku. Mereka sedang memasak sambil gelak ketawa dan bergurau senda.

Aku hanya tolong benda yang kecil2 seperti basuh cawan. Rupa2 nya keluarga suami aku ni masing2 pandai masak dan rajin buat kerja2 rumah. Dari sinilah aku tahu dari mana suami aku dapat perangai rajin dia.

Ipar2 perempuan aku kata, biasanya di rumah ni, yang lelaki2 suka buat kerja sesama mereka. Jadi kami yang ipar2 ni tak perlu masuk campur jika tiada keperluan. Kalau tolong pun, kami tolong yang ringan2 sahaja. Kerja2 berat, lelaki2 sini buat semua sendiri.

Aku lihat ipar2 aku melayan isteri mereka bagai seorang permaisuri. Layan dengan penuh gelak ketawa, gurau senda. Tidak pernah aku sekalipun aku tengok abang2 ipar aku menyuruh isteri mereka buat benda berat2. Kalau setakat mintak tolong amik air, itu biasa lah.

Di sini, jika sampai waktu makan, semua orang akan masak dan hidang kan makanan sama2. Setelah selesai hidang, baru lah semua ambil tempat duduk untuk makan sama2.

Jika ada yang mahu air sedap2, mereka akan ke dapur untuk buat sendiri. Selesai makan, kami akan kemas meja makan sama2. Bila sudah selesai, baru lah semua ke ruang tamu untuk luangkan masa bersama.

Aku sangat kagum dengam keluarga ini. Aku tertanya2 macamana lah ibu bapa mereka didik mereka. Ibu mereka sudah tiada, tapi masih berdisiplin.

Aku sangat bersyukur suami aku dibesarkan dengan baik, dan bersyukur kerana mempunyai keluarga baru yang baik dan bagus. Sangat berbeza dengan keluarga aku yang menghambakan perempuan. Terima Kasih.

Apa kata anda?