Aku nmpak mak mertua pot0ng sesuatu atas lantai. Melekit bila terpijak. Nk mrah juga org tua ni

Foto sekadar hiasan. Nama saya Zee. Berusia 28 tahun sudah 4 tahun berkahwin tapi belum mempunyai anak. Saya adalah wanita yang berpendapatan tetap dan kami suami isteri adalah salah seorang fr0ntliner yang baru sahaja nak menghembus nafas lega. Yaa saya belum bercuti dari awal tahun hari tu dan doakan cuti saya minggu ni lulus ye. Aamin.

Kisah yang saya nak kongsikan ialah berkaitan keluarga mertua. Maaf saya bukan nak menceritakan aib sesiapa. Saya sekadar ingin bercerita untuk melegakan perasaan sendiri.

Masa sebelum kita diperintahkan untuk mengawal pergerakan (PKP) keluarga mertua saya ada datang melawat kami di rumah. Nak dijadikan cerita, masa diperintahkan untuk PKP dan bagi saya itu adalah fasa kemuncak dimana sekolah diarahkan tutup sampaikan banyak sektor swasta diarahkan tutup.

Nak dijadikan cerita, keluarga mertua saya stuck di rumah aku. Masa ni arahan dilarang merentas negeri dikuatkuasakan. Dan saya suami isteri pun terlibat sekali. Saya hampir giila untuk 3 bulan pertama. Kami terpaksa bekerja melebihi 16jam sehari dan kadang kala tidur pun curi curi.

Bila saya balik rumah, rumah saya macam tongkang pecah. Kau tau apa jadi? Mak mertua saya LANGSUNG tak kemas rumah ataupun menyapu. Kalau difikirkan logik rumah tu cuma ibu dan ayah mertua tinggal berdua semasa kami bertugas. Tapi bila tengok keadaan tu, macam ada 10 orang dalam rumah.

Saya tak cerewet dan saya bukanlah terlalu nak semuanya perfect. Saya still boleh pejam mata setakat 2 3 helai rambut atas lantai. Tapi kalau sampai lantai pun melekit dan bersepah sisa makan. Sumpah saya rasa macam saya duduk dalam tapak pembuangan sampah.

Sampah dibiarkan berhari2 (kadang kadang kami tak balik rumah) dan sampah sampai berlalat dan berulat. Sinki tersumbat dengan sisa makan yang tak dikutip. Dapur la saya rasa tempat yang paling jijik untuk saya tengok.

Saya still tak mampu hadam dalam kepala otak macam mana dia tergamak memotong makanan contoh macam buah. Potong atas lantai tanpa pakai papan pemotong. Seriously? Lepas dah potong memotong tu ditinggalkan macam tu je.

Dan saya terpaksa guna sisa masa rehat saya untuk clearkan semua. Sebab saya tak sanggup tidur dalam bilik dengan keadaan rumah berlalat macam tu. 3 bulan pertama memang saya diam even mntal saya dah sangat sangat koyak.

Masuk bukan ke 4 saya suarakan benda ni pada husband saya dan saya rasa sangat sia sia sebab dia langsung tak membantu.

Dia balik terus tidur sebab penat on call. Habistu aku? Saya melalui benda yang sama dengan apa yang dia lalui sebab kami berada di unit yang sama.

Masa tu saya doa hari hari cepatlah habis ni semua. Mntal saya dah koyak r4b4k dengan pressure kerja dan pressure di rumah sendiri. Daripada saya ikhlas untuk tinggal dengan diorang terus jadi tak ikhlas asyik menyumpah.

Untuk pengetahuan, saya kena masak siap siap dan masukkan dalam tupperware dan masukkan dalam peti sejuk. Sebab dia tak nak masak. Dia cuma nak panaskan dalam microwave je. Kalau saya tak sediakan makanan, selang sejam dia akan telefon bila nak balik.

Akan balik pkul berapa dia lapar. Dia tak nyanyuk lagi ye. Umur baru 60an. Kalau dah selang sejam telefon, kau rasa saya mampu fokus buat kerja? Kadang kadang saya terpaksa off handphone sebab saya malas nak melayan notification notification seolah olah saya tak pandai jaga mertua.

Nak je saya cilikan mulut dia yang suka mengadu tu. Bulan ni dah masuk 6 bulan dia duduk dengan kami. Walaupun dah dibenarkan rentas negeri tapi dia still tak nak balik rumah dia. Mungkin dia terlalu selesa sebab dari A sampai Z diuruskan semua oleh aku.

Saya bukan nak berkira. Saya stress dan penat. Saya nak berehat tanpa gangguan. Tanpa perlu memikirkan sesiapa. Tolong saya

Apa kata anda?