8 thn xdpt kerja, aku sedih org kg sindir mak punyai anak bijak tp xke mana

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hidup saya, boleh dikatakan agak menyedihkan. Sentiasa ada sahaja mehnah yang seolah-olah jadi penghalang rezeki saya. Saya dari keluarga yang sangat susah, serba daif. Sedih kalau nak cerita. Baju pun tak pernah beli baru, sentiasa pakai pakaian hasil sedekah orang ramai. Hidup saya dulu makan tak cukup, sehingga cikgu ramai yang hulur bantuan bagi makanan untuk saya. Bagi bantuan peralatan sekolah.

Tapi kemiskinan saya tidak menghalang saya untuk jadi pandai. Saya tekad mahu ubah nasib keluarga.

Dari zaman sekolah rendah sehinggalah ke University, saya sentiasa bersinar. Disayangi guru-guru, sentiasa naik ke pentas untuk terima anugerah. Best student setiap tahun. Exam tak pernah tak straight A. Saya wakil sekolah dalam pidato dan debat.

Ketika itu, saya merasakan hidup saya seperti sudah sangat sempurna. Sempurna untuk buat ibu bapa saya tersenyum. Sehinggakan rakan-rakan ramai yang cemburukan saya.

Di Universiti juga sama, anugerah dekan setiap semester, jadi famous sampai 1 universiti kenal, wakil universiti untuk program-program kebangsaan. Malah pernah ke peringkat antar4b4ngsa. Dapat anugerah tokoh pelajar. Dan banyak lagilah kalau nak cerita..

Saya cukup dikenali. Kalau orang kampung dengar nama saya, satu kampung heboh “Oh din budak pandai tu.” Ke mana sahaja saya pergi, ibu-bapa mesti akan pesan pada anak mereka “Jadilah seperti Din, kebanggaan ibu bapa”.

Kalau terjumpa guru-guru lama, mereka yang akan menyapa dulu. Saya jenis berjalan tak pandang muka orang. Sebab pemalu. Mesti tunduk bawah je. Tapi kalau ke mana pergi, ada sahaja yang menegur. Disapa orang itu, disapa orang ini. Kadang-kala rasa teruja juga dikenali ramai orang.

Sehinggalah saya tamat belajar dan mula job hunting. Banyak tawaran kerja yang saya terima, tapi tiada satu pun sangkut. Puas saya fikir apa d0sa saya sampai rezeki saya seperti disekat. Amalan wajib saya tak lengkap ke? Saya sehabis baik jaga solat dan rajin kan diri solat sunat.

Kalau orang lain suka dengar lagu English, Korea. Saya pula yang menjadi hawa salju hanyalah ayat Al-Quran dan zikir-zikir. Puas saya fikir lagi, saya ada masalah hati ke? Saya ada buruk sangka dengan orang ke? Saya ada riak dan takbur ke? Apa sebenarnya yang halang rezeki saya?

2 tahun berlalu, saya masih tidak jumpa pekerjaan yang berkaitan dengan bidang yang saya belajar. Saya hanya kerja di kedai runcit yang berhampiran dengan rumah. Kerja di kampung, berapalah sangat gaji.

Puas saya ke sana sini pergi interview ke utara Selatan Lembah Klang, semua saya dah pergi. Setiap kali hujung interview, panel mesti akan puji saya melangit. Tapi tetap tidak di ambil kerja. Saya hairan. Apa kurangnya saya?

4 tahun berlalu, saya masih di kampung bekerja kedai runcit. Orang kampung sudah mengutuk saya, mereka cakap,

“Din tu dulu best student tapi last-last tak de kerja jugak. Baik si Amir budak nakal kelas belakang tu sekarang kerja offshore gaji mahal”. Pedih juga saya dengar bila saya dibanding-bandingkan.

Sehinggalah suatu hari, saya pergi interview kerja dan kebetulan, rakan lama saya Aiman pun turut sama hadir interview itu. Kami bersaing untuk jawatan yang sama. Masa tu saya pergi ke tandas sekejap, saya duduk dalam tandas tapi saya tak tutup pintu sebab cuma nak betulkan seluar.

Kemudian saya dengar ada bunyi orang masuk tandas. Saya fikir, mungkin dia ingat tandas tu kosong sebab pintu semua terbuka.

Tiba-tiba saya dengar beberapa suara bercakap, “Untuk position ni kita confirm akan ambik Aiman sebab CEO memang recommend dia, bapak sedara dia CEO tu. Yang lain-lain tu kita just buat syarat je, tapi jangan nampak obvious sangat kita tak nak hire yang lain.”

Saya terkedu. Rasa kecewa. Perit. Saakit. Jauh saya datang, duit banyak keluar untuk datang interview ni. Tapi peritnya bila saya dengar saya hanyalah dipanggil untuk buat syarat je.

Telahan saya tepat. Aiman memang dapat kerja tu. Saya ucapkan tahniah pada Aiman. Jauh di sudut hati, saya sedih kerana masih ada yang pakai kabel pada zaman ini.

Tapi saya tak putus asa. Saya pergi lagi interview, kali ni SPA punya. Saya sempat berkenalan dengan beberapa anak pegawai tinggi dan anak pengarah dalam kerajaan. Telahan saya tepat. Mereka yang saya sangka akan dapat itu semuanya dapat kerja itu.

Tapi saya tetap tidak putus asa. Saya percaya masih ada yang jujur dalam dunia ni. Bukannya semua main kabel.

Kali ini saya mohon kerja dalam universiti pula. Kebetulan panel tu lecturer saya, saya fikir pasti interview kali ini beri kelebihan kepada saya. Kali ini yang dapat kerja tu rupa-rupanya anak kepada kawan baik VC. Saya kalah. Dia lebih powerful dari saya.

OK. Dah tiba saat saya heartbroken teruk. Masa ni saya dah mula hiilang keyakinan kepada Allah. Allahu..

Masa ni saya fikir, hanya orang ada good connection dengan orang atasan sahaja yang dapat keuntungan. Hanya orang berpeng4ruh dan berkuasa sahaja yang diberi peluang.

Bagaimana pula dengan orang miskin seperti saya yang langsung tiada strong connection dengan orang orang besar?

Saya sedih. Saya menangis. Saya sudah hiilang semangat untuk hidup pada ketika ini. Saya persoalkan acap kali kepada Allah, apa dosa saya sehingga diuji sebegini?

Saya tidak kisah dicerca dan dikeji, tapi apabila orang kampung menyindir ibu bapa saya kerana punya anak yang bijak tapi tidak ke mana.

Saya kecewa dengan kata-kata orang kampung saya. Ibu bapa saya juga sudah mula menyalahkan saya. Ibu saya pernah berkata “Otak bijak tak berguna pun kalau kita tetap masih hidup begini.”

Bapa saya pula sudah mula mengajak saya pergi menoreh getah. Katanya, “Zaman sekarang ni yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Kau nak menunggu kerja yang elok entah bila. Kau kena sedar kau tu miskin. Orang miskin ni nak dapat peluang tu, last choice.

Orang kaya akan ambik kawan-kawan dia, anak beranak dia, sepupu sepapat dia. Orang yang takde kepentingan macam kau, tipis Din. Tipis sangat peluang kau nak dapat.

Ramai lagi anak orang kaya berebut jawatan yang sama dengan kau. Kau belajar jelah toreh getah macam ayah ni Din. Paling tidak bolehlah nak buat Sara hidup”.

Kalau orang lain yang ucapkan Kata-kata begitu, saya boleh terima. Tapi kalau ianya datang dari mulut mak ayah, hati saya hncur. Sekali lagi saya tewas. Saya seperti tiada motivasi untuk hidup. Sudah 5 tahun saya grad tapi hidup masih tiada kemajuan.

Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang ustaz yang sangat rapat dengan saya, Ustaz Fahim. Dia pesan,

“Din.. Ustaz faham kamu kecewa, sedih.. sebab hidup kamu jadi macam ni.. Ustaz faham ramai yang pakai kabel, tapi ustaz tak nak kamu fikir mereka dapat kerja kerana kabel. Ustaz nak betulkan fahaman kamu.

Yang memberi rezeki ni Allah, Din. Bukan kabel. Bukan orang atasan. Bukan juga kerajaan. Bukan panel interview. Tapi Allah. Allah yang memberi rezeki. Kabel tu hanya asbab je.

Kalau Allah dah tetap kan rezeki si polan tu memang dapat jadi engineer di Petronas, dia guna kabel ke tak guna kabel ke tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki dia kat situ, tetap juga dia akan jadi engineer petronas. So kabel tu takde apa pun.

Hanya wasilah je kabel tu. Biarlah diorang nak guna kabel ke tidak. Yang penting Din kena dapatkan kerja kerana kualiti yang ada pada Din, bukan kerana kabel. Ingat, kabel paling besar tu Allah. Nak kerja betul-betul, minta dengan Allah betul-betul. Dia lah kabel yang sebenar-benarnya”.

Saya diam. Ada betul kata ustaz. Deep sangat kata-katanya, sehingga balik je rumah saya menangis. Rasa berdosa kerana sering salahkan takdir. Sering persoalkan rezeki. Seolah-olah saya mencabar kuasaNya.

Benar kata ustaz Fahim. Allah lah sebaik-baik kabel. Selepas hampir 8 tahun bergraduasi, saya hadir ke interview di salah sebuah syarikat gergasi yang ternama di Malaysia untuk merebut satu jawatan penting. Persaingan sangat sengit. Tapi saya tawakkal kepada Allah.

Dalam hati saya berbisik, ‘Ya Allah jika ini rezeki terbaik untukku, maka Kau rezekikanlah aku kerja ini. Tapi jika aku gagal, aku bersangka baik denganMu. Pasti ada rezeki lebih baik menanti’

Alhamdulillah. Dalam berpuluh calon yang hadir ke final interview, saya telah terpilih untuk dapat kerja itu. Salah seorang panel sempat berkongsi pada saya secara personal selepas tamat interview

“Din, to be honest.. Kami sebenarnya dah ada calon untuk jawatan ni. Panel lain semua dah sepakat nak pilih dia, sebab dia ada recommendation letter dari one of BOD company ni.

Tapi, akhirnya kami pilih awak, because you are the best. You show the greatest attitude among all of the candidates, the way you spoke, your honesty, your charisma.

Saya sampai sekarang terkejut sebenarnya macam mana orang yang talented macam awak ni orang boleh terlepas pandang. You should be hired long time ago, Din.

But it’s okey. I’m still happy because finally you could be one of us. Inilah rezeki awak. Kalau ikutkan nak pilih calon yang dah reserve tu, tapi akhirnya kami decide untuk pilih awak. It’s just your luck”

Benar kata Ustaz Fahim. Rezeki ni Allah yang atur. Guna kabel ke tak guna kabel ke, kalau Allah dah tetapkan rezeki kita di suatu tempat, tetap kita akan dapat kerja di situ jugak pada akhirnya.

Alhamdulillah. Kerana rezeki ku memang di sini, hingga orang yang guna kabel pun kalah pada takdir rezeki ku di sini. Inilah yang dikatakan the power of ‘Kabel Paling Besar’ iaitu Allah.

Buat yang masih job hunting, semoga terinspirasi. Teruskan berdoa dan minta pada ‘Kabel Yang Maha Besar’. Usah difikirkan orang lain guna kabel atau tidak. Kalau dah rezeki kita, kita tetap akan dapat jugak. Rezeki tak pernah salah alamat. Cuma ia cepat atau lambat je.

Apa kata anda?